Tags

, , , , , , , , , , , , , ,


Sarapan pagi paling ohsem!

Saiz roti canainya adalah kecil dan nipis berbanding biasa. Jika mahu sedikit kenyang pesanlah, roti doll double!

Dihidangkan dengan sebiji telur separuh masuk, kuah dan sambal banjir – ini pastinya akan memberikan pengalaman sarapan yang luar biasa. Roti Doll ini adalah killer menu di Restoren Mee Sham.

Bagaimana mahu ke lokasi?

Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, ambil jalan menuju ke Alor Setar. Ambil kiri di persimpangan di sebelah Hotel Tabung Haji. Terus sehingga nampak Istana Anak Bukit di sebelah kanan. Rapat ke kiri di simpang tiga Pantai Johor. Ambil kiri menuju ke Gunung. Ia jalan yang sama untuk ke Muzium Padi. Jalan terus sehingga jumpa simpang tiga. Terus lagi, perlahankan kenderaan; kedai terletak di sebelah kiri jalan, Restoren Mee Sham adalah bertentangan dengan Petronas.

Selamat menjamu selera!

Advertisements